Zikir Untuk Perkuat Kesadaran Ilahiyah

Pemerintah436 views

Oleh : Mhd. Sontang, Ahmad Abdul Manan Al Merbawi, Dara Aisyah H.M.Ali Puteh dan Mulkan Iskandar Nasution

—————————————————————MabesNews.com- Medan-Zikir adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Perintah supaya melaksanakan zikir ditemui dalam banyak ayat Al-Qur’an dan juga hadis Nabi S.A.W. Zikir,.satu amalan yang perlu diperbanyak tanpa ada halangan dan keterikatan dengan syarat-syarat tertentu untuk diamalkan sebagaimana ibadah-ibadah lain seperti sholat, puasa dan sebagainya.

Ia adalah rahasia dan penghubung secara langsung antara hamba dengan Tuhannya. Setiap mukmin yang mengingati Allah pasti akan diingati oleh Nya.

Amalan zikir bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan hati manusia, mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab tasawuf dan seterusnya mencapai ma`rifat terhadapNya.

Tulisan ini akan menyentuh tentang beberapa persoalan zikir khususnya mengenai peranannya dalam menyucikan hati dan membina sahsiah muslim. Zikir dari segi bahasa bermaksud sebut dan ingat.

Berdasarkan konsep Tasawuf, zikir adalah terlepas dari kelalaian dan kelupaan hati serta selalu merasa hadir hati bersama Allah. Hal ini bermaksud bahwa ingatan dan kehadiran hati yang kuat selalu berterusan kepada Allah sehingga terbuang kelalaian daripada hati tersebut.

Zikir bermaksud mengulangi sebutan nama Allah dengan hati dan lisan, atau mengulangi sebutan dan ingatan terhadap sifat, hukum, perbuatan, atau apa saja yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Berbagai jenis zikir telah kita ketahui seperti tasbih, tahmid, takbir, tahlil, baca Al-Qur’an dan sebagainya, namun yang menjadi intisari dari semua jenis-jenis zikir ialah ingat kepada Allah (zikrullah).

Oleh sebab itu dapat dikatakan bahwa zikir merangkumi dua perkara yaitu sebutan / ucapan (zikir jahar / lisan) dan ingatan (zikir khofi / hati) terhadap Allah dan apapun yang berhubungan dengannya. Ingatan adalah kekuatan zikir manakala sebutan itu pula adalah tahapan untuk mencapai ingatan tersebut.

Tahap ingatan itu pula berbeda-beda sehingga ada yang mencapai tahap lupa kepada sesuatu lain daripada apa yang dizikirkan dan inilah dikatakan hakikat sebenar zikir. Mengenai hakikat zikir ini, menurut al-Kalabadhi, Abu Bakr (1370) menyatakan bahwa ia adalah melupakan sesuatu yang lain daripada apa yang dizikirkan dalam zikir tersebut. Dalam hal ini, al-Kalabadhi merujuk kepada firman Allah:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

Maksudnya: “dan ingatlah akan Tuhanmu apabila engkau lupa”.

Berhubungan dengan ayat tersebut dijelaskan bahwa, apabila kita lupa terhadap sesuatu yang lain daripada Allah, maka sesungguhnya kita telah mengingati Allah. Ia bermaksud mengingati Allah yang sebenar-benarnya ialah apabila seseorang itu lupa kepada sesuatu yang lain daripadaNya.

Pembuktian ayat al-Qur’an menjelaskan tentang zikir dengan menyentuh berbagai aspek sehingga mencapai jumlah ratusan ayat. Begitu juga dengan hadis Nabi SAW di mana ditemui banyak hadist yang membicarakan tentang persoalan zikir.

Kajian mendapati, bahwa perkataan zikir dalam al-Qur’an dan hadis banyak mengikut kepada makna menyebut dan mengingati Allah. Penggunaan perkataan zikir dengan makna ilmu dapat dilihat dalam firman Allah SWT.:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Kami tidak mengutuskan Rasul sebelum engkau (Muhammad), melainkan beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.

Tarekat Naqshabandiyyah memberikan penekanan khusus kepada amalan zikir. Zikir sebagai satu cara melakukan tzakiyat al-nafs adalah sesuatu yang sudah diakui. Zikir sesuai dengan pertunjuk al-Qur’an dan sunnah serta diakui pula oleh para ulama Tasawuf.

Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan juga hadist yang menunjukkan kesan atau faedah zikir dalam menghasilkan intibah (kesadaran jiwa), menghapuskan keinginan nafsu, menyembuhkan penyakit-penyakit tasawuf, menghasilkan ketenteraman jiwa, meneguhkan iman dan merasai mujalasah serta mencapai qurbah.

Kesehatan psikis pada jaringan psiko-neuro-endokrin, akibat zikir dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga terjadi proses penyeimbangan dalam tubuh, sehingga tetap sehat, seterusnya memberi motivasi pada diri, menumbuhkan ketenangan, rasa sabar, dan semangat yang tinggi untuk selalu mendekatkan diri kepada Allah melalui ajaran-ajaran Islam, dengan mengutamakan pelaksanaan zikir setiap hari (H.M. Amin Syukur, et al. 2002).

Semua ini merupakan proses pencapaian martabat ihsan. Mengenai peranan zikir ini, Imam al-Qushairi, sebagai mewakili ulama Tasawuf, menjelaskan bahawa “zikir itu merupakan satu rukun (asas) yang penting dalam perjalanan menuju kepada Allah, malah ia merupakan tonggak dalam perjalanan tersebut, dan seseorang itu tidak akan sampai kepada Allah kecuali dengan senantiasa berzikir”.

Kebanyakan zikir dilakukan secara khafi (sirr). Ini sesuai dengan hadist Nabi SAW. iaitu “sebaik-baik zikir itu ialah yang khafi”. Dalam melaksanakan zikir, beberapa adab perlu dijaga antaranya ialah berwuduk, menghadap kiblat, duduk secara tawarruk kiri, menutup pancaindera khususnya penglihatan, istighfar dan rabitah kubur.

Semua ini bertujuan memantap dan memperteguhkan zikir. Dalam tarekat Naqshabandiyyah, terdapat dua jenis zikir utama iaitu zikir individu yang terdiri dari zikir lata’if dan nafy ithbat dan zikir berjamaah iaitu zikir khatam Khujakan yang terdiri dari bacaan al-fatihah, solawat, surah al-insyirah, surah al-ikhlas dan kemudian solawat dengan susunan dan jumlah tertentu.

Pengukuhan tauhid merupakan asas penting bagi pembinaan hati menurut metode TQN. Dalam meletakkan asas ini, TQN merujuk kepada petunjuk ayat al-Qur’an dan juga hadist Nabi SAW, untuk menggambarkan keteguhan tauhid serta natijah yang akan diperolehi hasil dari keteguhannya.

Al-Qur’an telah membuat perbandingan dengan menggambarkannya sebagai pokok yang berdiri teguh dan sentiasa membuahkan hasilnya. Mengenai perkara ini Allah SWT. berfirman yang bermaksud “tidakkah engkau melihat bagaimana Allah SWT telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimat tayyibah) itu seperti pohon yang baik, tunjangnya teguh dan dahan-dahannya di langit tinggi, ia memberikan buahnya setiap ketika dengan izin Tuhannya, dan Allah SWT. membuat perumpamaan untuk manusia, mudahan mereka mendapat ingatan” (Al-Qur’an, Ibrahim:24-25).

Metode pengukuhan tauhid ini juga berdasarkan kepada hadist yang bermaksud “Perbaharuilah iman kamu”. (Para sahabat bertanya) “Bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami wahai Rasulullah?” (Baginda menjawab) “Perbanyakkan menyebut La ilaha illallah” (Riwayat al-Hakim).

Begitu juga hadist yang bermaksud “La ilaha illallah adalah benteng-Ku, sesiapa yang memasuki benteng-Ku dia akan aman dari siksa-Ku”(al-Shihab:2:436). Dalam usaha memperkuat tauhid, TQN mengambil pendekatan tasawuf iaitu satu usaha menanam kalimat tauhid serta pengertiannya ke dalam fikiran, hati dan perasaan mengikuti amalan zikir.

Kalimat tauhid itu bukan hanya diucapkan dengan lidah, bahkan perlu ditanam dan diperkuat dalam jiwa (Juhaya,1991). Zikir kalimat tauhid ini merupakan amalan penting dalam proses pembinaan mengikut pendekatan TQN. Penggunaan kaedah zikir ini adalah berpedoman kepada petunjuk yang terdapat dalam firman Allah SWT. yang bermaksud “ketahuilah bahwa hanya dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenteram” (al-Qur’an, al-Ra`d:28). Juga berpandukan kepada hadist Nabi SAW. yang bermaksud “mengingati Allah itu penyembuh bagi hati”(al-Zubaydi,t.th:4:188).

Menerusi pendekatan TQN, zikir nafy dan ithbat (kalimah tauhid) ini dikehendaki diamalkan setiap kali setelah solat fardhu sebanyak 165 kali dan diperbanyak pada waktu-waktu lain terutamanya di waktu malam. Pengamalan zikir selepas solat fardu ini adalah berdasarkan kepada pertunjuk umum ayat al-Qur’an yang bermaksud “maka apabila kamu telah selesai mendirikan solat (fardu) maka teruslah ingat kepada Allah SWT dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring”.

Jalan untuk memperkuat tauhid itu ialah dengan menanam kalimat tauhid jauh ke dalam lubuk hati dan perasaan dengan cara memperbanyak sebutannya (zikir) sehingga hati menjadi bersih dan disinari dengan nur iman. Hati yang disinari nur iman akan melihat kesempurnaan sifat-sifat Allah SWT serta merasakan kedekatan dengan-Nya, menyadari keluasan rahmat dan kedalaman nikmat-Nya, meyakini kebenaran agama-Nya, dan terdorong kuat untuk mengabdikan diri kepada-Nya dengan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Inilah intisari ajaran Tasawuf dan inilah maqam ihsan yang disebut dalam hadist.

Manakala Kedua, zikir ithbat secara khafi pula ialah zikir ism al-dhat yang diamalkan dengan cara ditanam dan diisikan di dalam ingatan dan hati sanubari tanpa bersuara sehingga seseorang itu merasai dan menyedari kebersamaan (ma`iyyah) Allah SWT di mana juga seseorang itu berada. Zikir ini diamalkan dengan persyaratan dan kaifiyyat tertentu. Antara syaratnya ialah talqin dari mursyid atau wakilnya. Manakala kaifiyyatnya pula secara umum ialah menutup pancaindera terutama penglihatan dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada zikir ism al-dhat yang difokuskan (tawajjuh) dan dirasakan terisi di dalam hati sanubari.

Pengamalan zikir ism al-dhat secara khafi ini sesuai firman Allah SWT yang bermaksud sebut serta ingatlah Tuhanmu dalam dirimu dalam keadaan merendah diri dan merasa takut, dan tanpa menguatkan suara pada pagi dan petang, dan janganlah engkau tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai”. Hal itu juga sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud “serulah Tuhan kamu dalam keadaan merendah diri dan sembunyi, sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batasan” dan juga firman Allah SWT yang bermaksud “dan sebutlah nama Tuhanmu dan tumpukanlah perhatian kepada-Nya semata-mata”.

Zikir ism al-dhat secara khafi diamalkan setiap kali setelah selesai solat fardhu yaitu selepas zikir nafy dan ithbat secara jahr. Ia juga diamalkan pada masa-masa selain dari waktu yang telah ditetapkan tanpa berkaifiyyat. Zikir ini adalah sebagai usaha untuk mendapatkan maqam ihsan sehingga seseorang itu selalu merasai keberadaan dan kebersamaan dengan Allah SWT di mana juga berada. Pencapaian ini akan memperkuat keimanan seterusnya menjadi benteng yang dapat memelihara diri dari perkara yang tidak baik.

Sebutan “Laa” dan Pembuktian Dalam Organ Tubuh Manusia Berawal dari sebutan laa, dari bawah pusar (2-3 cm di bawah pusar) karena pusar memiliki sistem endokrin dan estrogen yang berfungsi menghasilkan hormon androgen dan progesteron yang mempengaruhi pertumbuhan reproduktif lelaki dan perempuan. Berasaskan kajian sains iaitu biologi bahwa titik bawah pusar memiliki saraf yang berhubungan ke otak, nadi, dan sistem pernafasan.

Manakala menurut kajian biokimia bahwa bawah pusar mempunyai protein, asid amino, potensial aksi dan kimia atom. Seterusnya dari aspek biofisika pula, bahwa bawah pusar memiliki pusat tenaga, medan elektrik, serta magnet, selain itu didapati adanya keseimbangan, gelombang, dan tenaga suara.

Berasaskan huraian tersebut, bermakna bahawa titik bawah pusar yang dimulai dengan sebutan Laa, berfungsi untuk mengaktifkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia. Sebutan Laa seterusnya melalui tengah dada atau latifah akhfa, dimana dalam dada manusia ada sistem pankreas, yang berfungsi sebagai timosin, yaitu adanya proses pertukaran zat-zat mineral terutama kapur dan fosfor yang berkesan terhadap sistem pertahanan tubuh.

L Berasaskan kajian biologi ditengah dada pun ada organadrenal dan atria, manakala secara biokimia didapati adanya ATP dan DNA yang berfungsi sebagai sumber tenaga metabolisme tubuh. Seterusnya juga tengah dada berhubungkait dengan aspek biofisik, yang berfungsi sebagai tenaga getaran untuk resonansi tubuh, yang dikenal dengan bioelektrik dan biomagnetik, sehingga mampu menghasilkan adanya Zero Potential Energy (ZPE).

Selepas melalui tengah dada, maka laluan Laa, menerusi kelenjar thyroid yang berada di bawah kerongkongan dan dihadapan halkum. Laluan Laa berada pada posisi tersebut, karena didapati pada organ tersebut ada peran thyroid stimulating hormone (TSH), trilodothyronine (T3), serta tetraiodotironin, Calcitonin serta Tiroksin.

Adapun manfaat TSH adalah untuk mengawal sensifitas tubuh terhadap hormon lain. Manakala T3 dan T4 berfungsi untuk mengawal metabolisme tubuh. Calcitonin pula berfungsi untuk membantu sel oksigen dan kalori menjadi tenaga, seterusnya Tiroksin bermanfaat untuk merangsang penyimpanan kalsium pada tulang, melakukan pengaturan suhu, serta mengatur pertumbuhan metabolisme dalam tubuh.

Adapun efek negatif kalau bagian tersebut bermasalah, maka akan terjadi metabolisme tidak seimbang, pertumbuhan lambat, sehingga kecerdasan anak-anak akan menurun, akibatnya akan terjadi kelainan fisik, mental dan akan menimbulkan idiot. Selain itu ketidakseimbangan metabolisme akan menimbulkan denyut nadi bertambah, gelisah, gugup dan merasa demam.

Seterusnya jika organ tengah dada tiada dirawat maka organ parathyroid akan terganggu sehingga kandungan fosfor dan kalsium dalam darah tidak teratur, jumlah kalsium dalam darah mamusia tidak terkawal, sehingga timbul gejala Tetani yaitu kadar kapur dalam darah menurun. Akibatnya terjadi kejang di tangan dan di kaki. Jari-jari tangan membengkak kearah pangkal, gelisah, sukar tidur dan kesemutan.

Akhirnya sebutan Laa berhenti pada laluan latifah Qalbi yaitu pada organ pituitary atau pangkal otak atau dasar otak besar anterior, tengah dan posterior, adapun sebutan Laa berhenti di titik dasar otak, karena didapati fungsi organ berkenaan untuk Adreno Corticotrophic Hormone (ACTH)

Yaitu untuk pertumbuhan hormon, Endorfin untuk membantu merangsang pengeluaran hormon pada kelenjar lain, pertumbuhan prolaktin oxtocin untuk mempercepat kadar pertumbuhan, serta TSH berfungsi untuk merangsang penguraian lemak untuk tenaga. Pada dasar otak terdapat sistem pineal, dimana terdapat Melatonin iaitu jenis hormon di otak yang membantu menurunkan kadar stress selain itu berfungsi untuk mengatur tidur dan bangun.

Pinolin dan Dimethyitryptamin (DMT) yang bermanfaat untuk merancang dan melaksanakan rentak kehidupan manusia antaranya rasa ingin berehat, tidur, bangun, ingin bermain, dan berhubungkait dengan masalah kitaran haid wanita.

Secara analisis metafisika dari aspek biologi, biokimia, dan biofisik, sebutan Laa pada laluan otak, bermanfaat kepada pengaktifan spektrum cahaya elektromagnetik, tenaga elektromagnet, gelombang yang melebihi kelajuan cahaya, gelombang pemancar (transmitter), serta terjadinya frekuensi getaran (vibration) dalam otak manusia, pada bahagian ini terdapat pengaruh kelenjar pineal, pituitari, yang berada pada ubun-ubun, yang mana memiliki gabungan unsur zahir dan gaib/ruh. Keadaan ini sehingga memberi kesan kepada tingkat kesadaran yang lebih baik karena sudah menuju kepada proses penyucian diri . (Bagian V) tiar.