MabesNews.com, Medan-Tim Peneliti dari Universitas Sumatera.Utara (USU) Medan yang diketuai Dra Dara Aisyah,M.Si, PhD bersama anggota Dr Muhammad Sontang Sihotang, S.Si, M.Si bertolak dari Jeti Tawau Malaysia ke Nunukan, Senin 13/5/2024.
Kedua dosen USU yang ditugaskan Lembaga Peneliti USU Medan itu berangkat ke Nunukan dengan menumpang kapal Ferry sekitar pukul 2.30 pm waktu setemat. Tak heran, perjalanan ini sungguh mengasyikan, meski sedikit letih.
“Selanjutnya kami naik boat lagi ke Sebatik diperkirakan tiba di tempat tujuan sekitar pukul 07.00,” kata Muhammad Sontang Sihotang melalui telepon selular dalam perjalanan ke Nunukan.
Seperti diungkapkan Dara Aisyah dan Muhammad Sontang Sihotang Pulau Sebatik merupakan satu nadi ekonomi di sempadan yang berdaya saing dalam memacu kerancakan geo-politik, ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat di sempadan. Tawau sebagai pusat tumpuan ekonomi utama merupakan satu sifat ketergantungan asimetri yang dilihat oleh pengkaji-pengkaji.
Pelbagai industri kecil seperti perikanan, industri pertanian maupun formal ataupun tidak formal banyak didagangkan melalui sempadan Pulau Sebatik ini sama ada secara berlesen ataupun tidak. Aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak menggambarkan sosioekonomi masyarakat pesisir di Pulau Sebatik ini.
Menelusuri penyelidikan berhubung aktiviti ekonomi di sempadan Pulau Sebatik yang memiliki sempadan dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia telah mengundang pelbagai tafsiran. Trend ekonomi dunia yang akhirnya mewujudkan segmentasi dan pemisahan ruang ekonomi dalam pekerjaan mewujudkan hubungan kelas pekerja yang dinamik, kompleks dan pelbagai coraknya dalam pasaran buruh (Fauzie, 2018).
“Dengan mengutamakan masyarakat pesisir yang mana merupakan masyarakat yang tinggal dan hidup di wilayah transisi yang menandai tempat perpindahan antara wilayah darat dan laut atau sebaliknya, yang mana sebahagian besarnya bergantung kepada mengelola sumber daya pesisir serta laut baik secara langsung ataupun tidak langsung,” papar Dara Aisyah didampingi Muhammad Sontang Siotang.(tiar)