MabesNews.com, Johor Bahru-“Malaysia Halal Logistics Conference 2.0” di Fives Hotel Johor Bahru Malaysia telah mencapai persetujuan untuk merumuskan sejumlah resolusi pada 27 Oktober 2024.
“Kegiatan yang diikuti 80 peserta terdiri dari pelaku industri, ahli akademik, pelajar dan wakil induvidu ini telah merangkumkan berbagai aspek kepatuhan,” jelas Ketua Umum Asosiasi Depo Kontainer Indonesia (Asdeki), Khairul Mahalli kepada media ini melalui WA dari Malaysia, Selasa 29/10/2024.

Dia menyebutkan persetujuan yang dicapai :
1. Memahami bahawa perlaksanaan logistik halal merangkumi aspek kepatuhan syariah yang menyeluruh. Artinya memastikan sifar kecacatan (zero defect) dalam setiap peringkat rantaian bekalan.
2. Memastikan tiada unsur gharar sepanjang rantaian bekalan dengan mewujudkan sistem halal yang lengkap dan kukuh (solid system) bagi keupayaan jejak-balik (traceability), sekaligus mengelakkan penipuan maklumat melalui penglibatan yang menyeluruh antara kerajaan-ke-kerajaan (G2G) dan pelanggan-ke-pelanggan.(C2C).
3. Mengetahui dan mematuhi garis panduan khas yang dikeluarkan oleh badan berkuasa, JAKIM, serta keperluan standard yang ditetapkan bagi memudahkan rujukan untuk semua pihak, termasuk pemohon pensijilan halal.
4. Mengenal pasti dan menyokong skim-skim pensijilan logistik halal, dengan keyakinan bahawa dasar yang dibangunkan melalui garis panduan ini dapat menjaga aspek halalan toyyiban, sejajar dengan keperluan industri.
5. Memastikan setiap pihak mempunyai pengetahuan dan kesedaran penuhmengenai setiap aspek dan elemen halal agar pengurusan logistik berlandaskan prinsip halalan toyyiban.
6. Menyedari bahawa isu-isu kritikal dalam rantaian bekalan halal perlu ditanganisegera untuk mengelakkan unsur-unsur syubhah, demi memastikan integriti produk halal terjamin.
Cadangan.
7. Meningkatkan kesedaran orang ramai melalui integrasi logistik halal dalam aplikasi penghantaran makanan, seperti Lalamove, dan kerjasama dengan premis-premis makanan.
8. Membina sistem perisian yang mampu mengenalpasti isu-isu yang berlaku secara langsung bagi memudahkan penyelesaian yang pantas.
9. Mewujudkan platform pemantauan bagi menjejak produk halal secara menyeluruh, di samping menggalakkan kerjasama dan kesedaran semua pihakterhadap aspek integriti halal dalam logistik.
“Persetujuan 9 point tersebut ditandatangani Ketua Umum Asosiasi Depo Kontainer Indonesia (Adeki) Khairul Mahalli dan Persatuan Profesional Eksekutif Halal Malaysia,” pungkas Mahalli.
Hadir juga dalam acara itu Sigit Suryantoro Widianto- Consul Genderal RI Johor Bahru, Andreza Sethia Dasuki -Consul dan Muhammad Razali Noor-Consul.
Dinesh Shanker Supramaniam-GM Key Business Account Container Terminal Johor Port dan Raj Nadarayan- Senior Manager Key Business Account Container Terminal Johor Port.
Sebelumya Kadin Sumatera Utara- Asosiasi Depo Kontainer Indonesia (Asdek), Gabungan Perusahaan Ekspor Indonesia (GPEI) sepakat bekerja sama dengan Persatuan Profesional Eksekutif Halal Malaysia, Jumat 25/10/2024.
Kesepakatan kerjasama itu dalam rangka mengikuti Malaysia Halal Logistics Conference 2024 pada 26- 29 Oktober 2024 di Holiday INN, Johor Bahru, Malaysia.
“Selain itu kegiatan yang digelar TM Academy, Jakim, Trili Maju SDM juga membahas tentang perkembangan logistik, penyediaan barang dan jasa serta informasi dari sumber konsumen,” kata Mahalli.
Adapun delegasi dari Indonesia yang mengikuti “Malaysia Halal Logistics Conference” yakni Ketua Umum Asdeki Khairul Mahalli, Asharina Nabila (PT. Mutuagung Lestari Tbk), Muwiknyo (PT. Pelayaran Karana Line), Andy Fikri Sahabuddin (PT. Pelayaran Karana Line), Safrida Johany (PT. Pelayaran Karana Line) dan Bagus Junianto (PT. Sucofindo Advisory Utama).(tiar)




